Kekuatan Ku

Assalamualaikum
em aku tetibe rasa nak post citer ni biler aku tgk status FB seseorg
FB saper???
FB tu milik Abu Hanifah
aku memang suker bacer note2 dye kat fb tu
note2 dye byk berikan aku smgt dlm mneruskan hdup ni
lg 1..note dye byk mndekatkan diri kiter kpd Allah
kalau korang x caye korang klik r kat Fb dye tu
byk note2 yg bguna tuk korang baca n renungkan

tadi dye ada post satu status yg mmg menyentuh hati n menenangkan jiwa aku
so aku pn nak share la pew yg dye tulis 2 kat korang
cmni bentuk status dye td

"Kelmarin, Hari Ini & Esok
Seorang bijak pernah berkata, bahawa ada dua hari dalam hidup ini yang sama sekali tak perlu kita khuatirkan.

Yang pertama; hari kelmarin. Kita tak mampu mengubah apa pun yang telah terjadi. Kita tak mampu menarik perkataan yang telah diucapkan. Kita tak mungkin lagi menghapus kesalahan; dan mengulangi kegembir...aan yang kita rasakan kelmarin. Biarkan hari kelmarin berlalu... lepaskan saja.

Yang kedua: hari esok. Hingga mentari esok hari terbit, kita tak tahu apa yang akan terjadi. Kita tak mampu melakukan apa-apa esok hari. Kita tak mungkin sedih atau ceria pada esok hari. Esok hari belum tiba... biarkan saja.

Yang tersisa kini hanyalah hari ini. Pintu masa lalu telah tertutup; pintu masa depan pun belum terbuka. Tumpukan saja diri kita untuk hari ini. Kita dapat mengerjakan lebih banyak hal hari ini bila kita mampu memaafkan hari kelmarin dan melepaskan ketakutan akan esok hari.

Hiduplah hari ini. Kerana masa lalu sudah berlalu dan masa depan belum tiba. Hiduplah hari ini seperti hari terakhir kita dan sebaik mungkin untuk diri kita, sesama kita dan Maha Pencipta. Hari ini akan menjadi kelmarin; dan hari ini akan menentukan esok.

Kata Bijak: Perlakukan setiap orang dengan kebaikan hati dan rasa hormat, walaupun mereka berlaku buruk terhadap kita.
Ingatlah bahawa kita menunjukkan penghargaan terhadap orang lain bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapakah diri kita sendiri."
BE A GOOD MUSLIM

so cmne korang rasa..?? best kn nasihat dye
sbb 2 aku minat baca note2 dye
so korang rajin2 la baca note dye
jgn asyik nak dgr lagu or bca novel2 cinta
skali skala 2 bca la note2 yg boleh muhasabah diri
bkn tuk sape2, tuk kebaikan diri korang gak an
dunia2 gak, akhirat 2 jgn dilupa
wassalam


0 comments: