Hukum Zakat Melalui SmS


sekarang ni pembayaran zakat boleh dibuat melalui perkhidmatan Sms...tetapi ramai yang masih keliru dan ragu tentang Hukum zakat melalui Sms ni...bagi tidak mengelirukan lagi sesiapa di luar tu...kat sini aku berkongsi artikel yang aku baca dari website Lembaga Zakat Selangor....harap dengan artikel ni dapat membantu menyelesaikan masalah ni....

Saya agak terkejut apabila mendapat tahu, zakat boleh dilunaskan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bahkan melalui bayaran atas talian (on-line) di internet. Saya musykil akan hukumnya, kerana tiada lafaz akad dilakukan?

Sebenarnya inilah bukti Islam adalah agama yang meraikan perubahan. Inilah manifestasi fleksibeliti Islam. Inovasi dan teknologi sebenarnya membantu perlaksanaan ibadah agar menjadi lebih mudah.

Di dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan?

Hakikatnya, zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah. Ia bukanlah amalan harus, seperti pernikahan yang mewajibkan ijab dan Kabul (akad nikah). Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.

Zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat. Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas, niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku. Maka, sahlah zakat tersebut. Wallahua’lam.

p/s: kepada sesiapa yang belum membayar zakat tu, tunaikanlah kewajipan anda

1 comments:

diraja22 said...

islam itu memudahkan..